Sabtu, 14 Mei 2011

MAAF

MAAF... Mungkin kata yang tiada ertinya.. Mungkin juga tiada makna sekadar satu perkataan MAAF... Cukup!!... Hanya itu sahaja??.. Tapi bagi hati hati yang memahami apa erti sebenar sebuah keMAAFan... Mungkin berbeza...

MAAF... Satu kata penuh makna.. Cukup mendalam... Justeru... Jangan kau ucapkan MAAF itu andai ia sekadar satu kata yang terbit dari bibir yang sering di aniaya dek bisikan syaitan durjana...

Ungkapkanlah rasa MAAF itu dari lubuk hati paling dalam di sanubari.. Bukan kerana asbab2 tertentu atas dasar kepentingan diri.. Biarlah rasa MAAF itu di selaputi keikhlasan jiwa.. Di iringi dengan ketulusan hati.. Moga keMAAFan itu bisa menyucikan diri yang lemah lagi hina ini....

Mohonlah kemaafan.. Selagi nafas masih bisa berhembus.. Selagi bibir mampu mengungkapkan kata.. Dan selagi kaki mampu melangkah KERANA.. Penyelesaian dan perbicaran di akhirat amatlah panjang.....

Maafkan Hamba Yang Khilaf Ini....

Tiada ulasan: