Sabtu, 14 Mei 2011

WARGHHHH...! !!! SEDEHNYEE CITER NIEE..

BACA
LA SENDIRI, TAK SANGGUP NAK FOWARD KATKENGKAWAN. . TPP TERPAKSA GAKK..
SEKADAR NAK BG INGATAN KAT KENGKAWAN JEE.. INGAT LA MASIH RAMAI
YGSAYANG.. HEHEHEHEHEHE

WARGHHHHH


WARGHHHH...

pana ooo pana

"BABY...tlg datang rmh cepat!!!urgent".

CB baca sms sepantas kilat. Terus kol balik phone pana. Tak berjawab..
CB cemas. Tak pernah pana hantar sms macam tu. CB kelam kabut
hidupkan enjin kereta.

Dia risaukan kekasih tersayangnya itu. Macam-macam dalam kepalanya waktu
itu. Dia kenal pana sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Keluarganya
berjiran
dengan keluarga pana. Dari kecik mereka bermain bersama, kalau main
masak-masak dia sanggup bertumbuk dengan Kyrol semata-mata nak jadi
papa
kerana pana mesti jadi mummy. Pernah kyrol cakap dia pondan sebab sentiasa

bermain dengan pana waktu kyrol dan din ajak main askar-askar. Dia ajak
jugak pana main askar-askar tapi pana cakap budak pompuan mana boleh main
permainan kasar-kasar macam tu. Sebab itulah dia sukakan pana, lembut,
penyayang dan penuh ciri-ciri keperempuanan.

Bila masuk sekolahpun, dia dan pana berbasikal sama-sama ke sekolah.
Walaupun kyrol dan din selalu kutuk bila dia tak mahu 'racing bmx'
dengan depapun dia tak kisah. Dia rela dikutuk oleh kawan-kawan daripada
meninggalkan pana kayuh basikal sorang-sorang.

Dia pernah kena belasah sampai lebam bijik mata oleh 'Husin and the
gang' yang mengganggu pana masa darjah tiga... Waktu darjah 4, bila dia
mula lancar tulis baca dan tahu berpantun sikit-sikit diapun tulis surat
kpd pana "Pen merah pen biru, U baca I love U' bersama sebijik gula-gula
Hacks sebagai hadiah harijadi pana...gara-gara surat itulah dia jelingan
tajam Mak zubaizah ibunya pana
yang terjumpa surat itu waktu menyemak buku
sekolah pana. Mak zubaizah memberitahu hal itu kepada ibunya, dan hasilnya
dia
terpaksa menadah telinga menahan leteran maknya. Nasib baik bapak tak
tahu,
kalau tidak naya.

CB gelak sorang-sorang waktu teringatkan peristiwa itu tapi
fikirannya kembali cemas mengingatkan sms pana tadi. Sudah hampir 15 kali
dia cuba hubungi telefon pana tapi masih tidak berjawab. Dia amat risau
kala
itu, fikirannya menelah perkara yang buruk-buruk saja.

Dia risau kerana pana tinggal seorang diri. Rakan serumah pana, si CT
sedang bekerja kala itu. Dia tahu, pana kerja shift pagi tadi, CT
kerja
shift malam. Dia risau kerana panggilannya tidak berjawab.

Dia risau takut-takut rumah pana dimasuki penyamun yang memang
menjadi-jadi akhir-akhir ini. Baru-baru ni, ada rumah di kawasan
perumahan pana dimasuki perompak.. Dia berdoa jika rumah pana dimasuki

perompak sekalipun janganlah kekasih hatinya itu diapa-apakan, ambiklah
barang apa saja yang mereka mahu asalkan pana tidak diapa-apakan. Dia
berdoa
sungguh-sungguh.

Dia bercinta dengan pana sejak darjah 6 lagi, sejak dia mengerti apa itu
baligh bagi seorang laki-laki dan perempuan. Hingga sekarang mereka
masih
bercinta. Kasihnya pada pana dah macam Gunung Everest, tak
tergoyahkan. Jika tak ada aral melintang hujung tahun ini keluarganya
akan masuk meminang pana. pana akan menjadi surinya yang sah dan dia tak
mahu apa-apa yang buruk terjadi kepada bakal isterinya itu.

Keretanya memecut laju memasuki kawasan perumahan pana. Sebaik berhenti
di depan rumah pana,, CB terpa keluar dari kereta. Dia lompat pagar
rendah rumah pana. Dia terpa ke pintu sambil jerit "pana, rock". Dia pulas
tombol pintu, pintu tak berkunci. Dia betul-betul cemas. Dia ketuk pintu
bilik pana.. Dia dengar esakan pana. pana
menangis. pana makin cemas. Dia
ketuk lagi pintu bilik pana sambil panggil nama pana. CB tak boleh
bersabar lagi, dia pulas tombol pintu bilik pana. Juga tak berkunci. Dia
masuk bilik pana, dia tengok pana teresak-esak atas katil. Rambut pana
kusut
masai, pana tekup muka sambil menangis.

"pna, apa yang terjadi sayang" CB cuba pujuk pana. pana masih dalam
sendu. "hu...hu..."

" pana, cakap kat BABY elok-elok, apa yang dah jadi"

"Hu..hu"

CB dah tak sabar, dia dah tak peduli walau apapun yang akan keluar
dari mulut pana. Dia akan terima walau seburuk manapun berita yang akan
keluar dari mulut pana.

CB goncang bahu pana. "pana, what hell is going on...tell me!!" Suara
pana kuat kali ini.

pana berenti menangis, pana tatap wajah CB, pana renung mata CB.

"Baby, pana lapar, nak makan nasik. Duit gaji tak masuk lagi."

$&^%#%t*&&**()()_)(&*


hahahAHAHahAHAHAHAHAHAha....
...sedih citer ni kan

cite ni ditujukan kepada my BfffffFFFFffffFFFFFf...hehehe...jng mrh ea pana...^_^

Tiada ulasan: